Puad mahu Umno desak kerajaan panggil sidang Parlimen

0
2
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mahu parti itu membuat ketetapan untuk mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen.

Menurutnya, perkara tersebut akan dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno esok yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya akan bangkitkan dalam mesyuarat MT Umno esok untuk meminta parti supaya mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen.

“Kita mahu MT membuat satu ketetapan bagi mendesak sidang Parlimen diadakan. Ini penting supaya wujud ketelusan soal pentadbiran dan kewangan.

“Ia penting untuk meyakinkan pelabur dan sekali gus kembali merancakkan ekonomi negara,” katanya hari ini.

Dr Mohd Puad berkata, tiada alasan untuk kerajaan tidak memanggil sidang Parlimen memandangkan sektor ekonomi kini kembali rancak.

Tambahnya, kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen bagi memastikan integriti diyakini dan dihormati negara asing.

“Bahkan ia juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika darurat.

“Kalau sekolah boleh beroperasi, pasar malam beroperasi, bazar Ramadan pun sama, kenapa tidak dengan Parlimen,” ujar beliau.

Sebelum ini, Parlimen digantung selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan proklamasi darurat ekoran pandemik Covid-19.

Proklamasi darurat akan berlangsung sehingga Ogos tahun ini.

Namun begitu, Al-Sultan Abdullah juga bertitah membenarkan sidang Parlimen diadakan ketika darurat jika ada keperluan.

Pemimpin pembangkang dan pemimpin Umno turut mendesak kerajaan supaya memanggil sidang Parlimen memandangkan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here