Sabah beri bantuan khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam

0
1

Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bantuan khas itu juga akan diberikan kepada kakitangan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai khidmat bakti dan pengorbanan semua penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa menghadapi pandemik Covid-19 di negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri juga bersetuju bahawa pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 7 Mei ini.

“Pembayaran bagi Bantuan Khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 7 Mei 2021,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/23/penjawat-awam-selangor-dapat-bantuan-khas-aidilfitri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here