Pelakon Laila Nasif positif Covid-19, Influenza B

0
1

PELAKON, Laila Nasir disahkan positif Covid-19 dan virus Influenza B sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu dalam nada lemah dan tidak bermaya menerusi InstaStorynya.

Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir, 51, menjelaskan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Ampang Puteri, Selangor.

“Hari ini hari kedua saya berada di hospital dan menerima rawatan. Doakan saya baik,” katanya.

Terdahulu, dua pelakon drama ‘Kiblat Yang Hilang’ iaitu Sweet Qismina dan Farisha Irwayu turut dijangkiti virus sama.

Difahamkan, Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak manakala Farisha dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.

Sebelum ini beberapa selebriti tanah air, antaranya, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel dan Aprena Manrose turut disahkan positif Covid-19. – Malaysiapost

Foto Kredit: Kosmo

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/22/doakan-saya-cepat-sembuh-sweet-qismina/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here