Dua institusi pendidikan di Kelantan, Johor dikenakan PKPD

0
1

KERAJAAN hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua institusi pendidikan, masing-masing di Johor Bahru dan Pasir Mas, Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, Johor.

Menurutnya, sehingga kini, KKM melaksanakan 228 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, Johor bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat, seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, situasi kes Covid-19 di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha di Pasir Mas, Kelantan juga dilaporkan meningkat secara mendadak.

Katanya, sehingga kini, KKM melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD 23 April sehingga 6 Mei 2021.

“Ini untuk memudahkan KKM membuat tindakan pengawalan jangkitan dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” kata beliau. – Malaysiapost

Foto Kredit: Laman Web Rasmi MTAQA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here