Covid-19: Kelantan nombor satu!

0
1
grafik

BUAT pertama kali sejak Covid-19 melanda negara, Kelantan merekodkan kes harian tertinggi jangkitan Covid-19 di Malaysia iaitu 662 kes hari ini.

Secara keseluruhan Malaysia mencatatkan 2,875 kes baharu hari ini, iaitu peningkatan sebanyak 535 kes berbanding 2,340 semalam.

Jumlah kumulatif kes dalam negara ketika ini terus meningkat kepada 361,267.

Kota Bharu menjadi penyumbang tertinggi kes di Kelantan iaitu 215 kes, diikuti Pasir Mas (196), Tanah Merah (165), Machang (35), Jeli (13), Bachok (12), Tumpat (11) manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing tiga kes.

Seluruh Kelantan kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu 633 kes, diikuti Sarawak 474 kes, Kuala Lumpur (332) dan Pulau Pinang (144).

Sebanyak tujuh lagi kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini 1,407 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here