Tak patuh SOP: Masjid dikompaun RM10,000

0
1

MASJID Sri Maulana di Taman Sri Maulana, Pekan dikompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan imbasan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan kompaun dikeluarkan berikutan masjid itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kompaun dikeluarkan supaya ia menjadi iktibar kepada masjid lain, malah pihak Masjid Sri Maulana sudah membuat bayaran kompaun itu dengan pengurangan 50 peratus,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika mengulas perkara itu meminta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan pemantauan berterusan di masjid dan surau di negeri itu.

“Kita telah meminta penguat kuasa JAIP memastikan kod QR dapat dipamerkan dan diguna setiap individu yang datang ke masjid. Mungkin ada berlaku kekhilafan oleh ahli jemaah atau oleh pengurusan itu di luar jangkaan kita,” katanya.

Semalam tular gambar notis kompaun RM10,000 dikeluarkan Pejabat Kesihatan Pekan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Sri Maulana kerana gagal menyediakan QR Code MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here