Sarawak tutup semua sekolah zon merah

0
1

SEMUA sekolah yang terletak di zon merah Covid-19 di Sarawak ditutup dua minggu bermula esok.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam Sidang Media Khas Penguatkuasaan SOP Covid-19 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini.

“Saya telah memutuskan bahawa semua sekolah di zon merah akan ditutup selama 14 hari bermula esok.

“Ini kerana kita mendapati terdapat penularan baharu di sekolah dan ia boleh mengakibatkan pelajar menyebarkan virus ini kepada ibu-bapa dan sebaliknya. Ada pula guru yang menjangkiti warga sekolah yang lain,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Menurut Abang Johari, demi kesihatan pelajar dan masyarakat di zon merah Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menutupkan sementara operasi semua sekolah di kawasan berkenaan

Dilaporkan sehingga Semalam, lebih 100 kes jangkitan Covid-19 direkodkan melibatkan warga sekolah di seluruh Sarawak termasuk 99 kes yang dikesan di sebuah sekolah menengah di Ulu Balingian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here