Kes Covid-19 meningkat, kerajaan kena bagi penjelasan

0
1

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) perlu memberi penjelasan berhubung peningkatan mendadak kes postif Covid-19 di negara ini.

Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid, berkata penjelasan itu penting kerana peningkatan itu bukan saja mengejutkan, malah memberi gambaran bahawa tiada kebenaran rentas negeri Aidilfitri ini.

“Ini memerlukan penjelasan sewajarnya dari kerajaan PN dan mereka juga perlu mendedahkan data yang berkaitan supaya rakyat dan masyarakat di luar sana dapat mengetahui punca sebenar peningkatan mendadak kes postif Covid-19.

“Kerajaan tidak sepatutnya menyembunyi fakta sebenar kerana orang awam berhak untuk mengetahui punca peningkatan itu,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar itu juga menyarankan kerajaan memaklumkan lebih awal mengenai kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri supaya orang ramai dapat membuat persiapan awal.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa Malaysia dibuli negara kuasa besar menyebabkan vaksin Covid-19 lewat tiba, menimbulkan persoalan.

Katanya, pendedahan itu menimbulkan tanda tanya terhadap keupayaan kerajaan yang dalam usaha mendapatkan vaksin Covid-19.

“Ia sekali gus memberi gambaran bahawa Kerajaan Persekutuan hari ini mempunyai hubungan diplomatik yang tidak diyakini oleh negara-negara kuasa besar menyebabkan kita lambat mendapat vaksin Covid-19 seperti mana jadual asalnya.

“Jika situasi ini berlaku, usaha kerajaan untuk mencapai sasaran vaksinisasi pastinya tersasar dan kita terpaksa berada dalam situasai pandemik dalam tempoh masa yang lama.

“Justeru, perkara ini seharusnya diberi penjelasan oleh Putrajaya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here