Naikkan semula tempoh kuarantin wajib terutama dari India- Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta kerajaan melaksanakan semula tempoh kuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari bagi individu pulang dari luar negara khususnya India.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, semalam beliau telah meluahkan kebimbangan tentang mutasi berkembar India yang dipercayai menyebabkan kes baharu Covid-19 melonjak setiap hari di negara itu.

“Mutasi itu naik 27 kali ganda dari 10,000 sehari ke 271,000 sehari dalam tempoh dua bulan. Ia dipercayai lebih mengancam kepada anak muda dan kanak-kanak.

“Justeru, saya tuntut kerajaan naikkan kembali tempoh kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari luar negara terutamanya dari India dari 7 hingga 10 hari kepada 14 hari,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih belum memberi respon sedangkan Hong Kong sudah mengumumkan untuk menghentikan penerbangan dari India, Pakistan dan Filipina dengan serta-merta.

Semalam, menerusi laporan media, Najib mendesak kerajaan segera menaikkan semula tempoh kuarantin berkenaan.

Katanya, desakan itu susulan lonjakan kes secara mendadak yang dilaporkan di India, selepas pengesanan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai “varian India”.

Beliau menyifatkan kadar penularan Covid-19 di India ‘amat seram’ sehingga mencapai lebih 260,000 kes baharu dengan lebih 60% kes ialah mutasi berkembar ‘varian India’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here