KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) mengikut kes seharian di seluruh negara semalam terus melonjak kepada 1.19
Ia meningkat 0.02 berbanding 1.17 kelmarin susulan peningkatan semula kes jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Berdasarkan data dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kelantan kini menunjukkan kadar RT tertinggi iaitu 1.32.
Ketika ini sembilan daerah di Kelantan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kuala Lumpur pula mencatatkan Rt 1.27 manakala Sarawak yang kes jangkitan harian melonjak sejak beberapa hari lalu termasuk lebih 900 kes kelmarin, mencatatkan Rt 1.23.
Ini diikuti Terengganu dan Sabah yang masing-masing mencatatkan kadar Rt 1.21 manakala Negeri Sembilan 1.20.
Putrajaya (1.11), Selangor dan Kedah masing-masing 1.10, Melaka (1.02) manakala negeri-negeri lain di bawah angka 1. – Malaysiapost

