40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.

“Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas menerima dos pertama vaksin.

Katanya, bagaimanapun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.

“Ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti Covid-19.

“Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti. Semua pihak dinasihatkan meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here