PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) akan meneruskan komitmen dan aspirasi yang telah diamanahkan oleh kerajaan dalam memastikan agenda untuk membina lebih banyak mampu milik terutamanya untuk golongan M40 terus didokong pen
Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PR1MA akui bahawa telah berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam isu kelewatan dalam menyiapkan rumah kepada pembeli.
Bagaimanapun, menurut Shahidan, PR1MA telah menjalankan sesi libat urus bersama pembeli untuk membincangkan jalan penyelesaian terbaik disamping memberikan maklumat secara bersemuka secara telus.
“Saya memahami bahawa mereka gusar akan status projek kediaman mereka terutamanya mereka yang melihatnya setiap hari dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Tetapi, yakinlah bahawa kami di PR1MA sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan kesemua masalah berbangkit.
“PR1MA merupakan agensi yang telah diamanahkan oleh pihak kerajaan dalam menangani permasalahan perumahan mampu milik dalam kalangan M40.
“Bagi tahun ini dan pada masa akan datang, kami akan berusaha untuk menyelesaikan semua projek yang menghadapi masalah dan pada masa yang sama, pihak pembeli akan dikemas kini mengenai status terkini projek dari semasa ke semasa,” ucapnya di majlis berbuka puasa PR1MA di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi PR1MA Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Pegawai Ekskutif PR1MA Datuk Mohd Nazri Md Shariff. – Malaysiapost

