Pertukaran 23 pegawai kanan PDRM

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melakukan rombakan membabitkan pertukaran seramai 23 pegawai kanan berkuatkuasa 17 Mei ini.

Senarai pertukaran terbaharu itu dikeluarkan Bukit Aman hari ini antaranya Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Johor, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Aziz Ali dan Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) , ACP Noor Hisam Nordin.

Abdul Aziz bertukar ke Ketua JPJKK Kedah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) , manakala Noor Hisam bertukar ke Ketua JPJKK Pahang juga memangku pangkat SAC.

Superintendan (Supt) Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru dalam kenyataan berkata, pegawai kanan lain yang bertukar adalah Pegawai Turus E4B, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Winston Tan Thye Wa ke Cawangan Khas Pulau Pinang, dengan memangku pangkat SAC.

“Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Awang Din Awang Gani bertukar ke Timbalan JPJKK Johor dan tempatnya dignatikan ACP Ahsmon Bajah yang sebelum itu bertugas sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN, Bukit Aman.

“Pegawai Turus Operasi Darat, JPJKK Sarawak, Supt Ang Seow Aun pula bertukar ke Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Siasatan/Perundangan, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pegawai lain yang bertukar portfolio adalah Pegawai Turus Operasi Darat, JPJKK Pulau Pinang, Supt Sazalee Adam menjadi KPD Kulim, Kedah.

“Timbalan KPD Pekan, Pahang, Deputi Supt (DSP) Mohd Zaidi Mat Zin dilantik menjadi KPD Pekan dengan memangku pangkat Supt, manakala Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) , Selangor, DSP Sahimi Husin kini menjadi KPD Kota Belud, Sabah memangku pangkat Supt.

“Timbalan JSPT, Sabah, DSP Parum Anak Niot pula dilantik sebagai KPD Limbang, Sarawak memangku pangkat Supt dan Ketua Bahagian Kepolisian Am, Markas Pasukan Polis Marin, JKDNKA, Sabah di tukar menjadi KPD Padawan, Sarawak dengan memangku pangkat Supt,” katanya.

Skandaguru berkata, Ketua JSPT Kota Kinabalu, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob bertukar menjadi KPD Beaufort, Sabah.

“Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Kelantan, DSP Mohamad Ismail Jamaluddin dilantik sebagai KPD Bachok, Kelantan dan Timbalan Ketua JSPT Sarawak, DSP Muhamad Rizal Alias menjadi KPD Mukah, Sarawak.

“Pegawai Turus (D7) JSJ Kuala Lumpur, DSP Ana Mohamed dilantik sebagai KPD Marudi, Sarawak, manakala Pegawai Turus Pelesenan Jabatan Pengurusan Sarawak, DSP Muhammad Morsidi Abdullah menjadi KPD Kapit, Sarawak,” katanya.

Sementara itu, menurutnya Timbalan KPD Bintulu, DSP Jame Anak Reis dilantik menjadi KPD Tatau, Sarawak.

“Pegawai Turus Ketenteraman Awam, JKDNKA, Sarawak, DSP Andam @ Sulin Brayuin kini menjadi KPD Julau, Sarawak, manakala Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Asisten Supt Mohd Azahari Mukhtar dilantik sebagai KPD Rompin dengan memangku pangkat DSP,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here