Individu tidak hormati hak beragama, adalah ‘penceroboh’ – Mujahid

0
1
KUALA LUMPUR , 29/01/2019. Minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, giving his opening speeh at the Town Hall session with researchers and media practitioners in Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

PIHAK yang hilang hormat pada dua asas iaitu Islam agama Persekutuan dan kebebasan beragama, adalah penceroboh yang perlu ditentang dan diadili malah jika bersalah harus dikenakan hukuman setimpal.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata jika golongan bukan Islam sekalipun dinodai hak untuk beramal dengan agamanya, semua rakyat tanpa prejudis kaum dan agama harus mempertahankan hak kewarganegaraan itu sebagai tanda kesetiaan kepada rukun negara.

“Tak perlulah saya jelaskan sikap Islam dan Syariat yang sangat tegas mempertahankan prinsip hidup dengan amalan hormat agama masing-masing.

“Lakum dinukum wa liyaddin’..’La ikraha fiddin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini,

Semalam, tular kejadian dua pengawal peribadi dibelasah dan diacu pistol oleh majikannya di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang.

Dua lelaki dipukul secara bergilir-gilir di bahagian belakang badan menggunakan rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja atas alasan memarahinya kerana berpuasa.

Empat suspek yang terlibat dalam kes tersebut telah ditahan polis hari ini.

Sementara itu, Mujahid berkata, ini adalah masanya rakyat menunjukkan ketegasan terhadap budaya kebencian antara agama jika benar motivasi tertuduh adalah atas kebencian agama.

“Dalam nafas yang sama kita orang Islam harus punya sikap tanpa prejudis jika penganut agama lain diperlakukan perkara yang serupa.

“Yakinlah kehidupan yang aman dan damai antara berbagai agama dan kaum di dunia terbina atas Prinsip Keadilan yang sifatnya buta warna.
“Pada waktu yang sama hentikan prejudis sosial dan politik identiti kaum dan agama yang sempit dan destruktif,” kata beliau. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/04/15/suspek-pukul-2-bodyguard-dibenarkan-reman/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here