Bazar Aidilfitri Jalan TAR: DBKL minta pengunjung patuh SOP

0
1

BAGI kebanyakan warga kota, Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) adalah lokasi wajib dikunjungi setiap kali menjelang Hari Raya.

Kebiasaannya Bazar Aidilfitri Jalan TAR menjadi tempat untuk warga kota membeli persiapan termasuk pakaian, kuih raya dan pelbagai kelengkapan raya.

Persediaan tapak perniagaan sedang giat dijalankan

Justeru, suasana Bazar Aidilfitri Jalan TAR meriah dan sesak dengan pengunjung terutama bagi mereka yang membuat persiapan saat akhir menyambut raya.

Menyedari situasi itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan yang mula beroperasi Sabtu ini, supaya patuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) sedang giat persediaannya dan perniagaan dijangka mula beroperasi pada Sabtu ini (17 April 2021).

“Suasana Aidil Fitri tahun ini menjadi sedikit meriah berbanding tahun lepas dengan keizinan kerajaan untuk membenarkan aktiviti perniagaan Bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan,” kata DBKL menerusi Facebook.

DBKL berkata, kerjasama semua pihak dalam mematuhi SOP sangat penting untuk memastikan kes Covid-19 tidak terus meningkat.

“Namun, kita jangan leka dan alpa, teruskan mengamalkan SOP yang ditetapkan walau di mana jua anda berada supaya lengkuk jangkitan baharu terus berjaya di landaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here