Video tular campak duit RM10,000: Polis belum terima laporan

0
1

POLIS tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan sekumpulan lelaki yang mencampak duit dipercayai bernilai RM10,000 di pekarangan sebuah pusat beli belah seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata tiada tindakan diambil setakat ini kerana pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung video yang tular berkenaan.

“Kami tidak terima sebarang laporan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Video yang tular dalam media sosial itu dipercayai dirakam sekumpulan pemilik akaun YouTube, WirePutus menerima kecaman hebat warganet apabila tindakan mereka itu dianggap tidak bermoral dan membazir.

Dalam video berdurasi 10 minit itu, sekumpulan lelaki dilihat mencampak duit dipercayai bernilai RM10,000 di perkarangan pusat beli belah terkemuka di ibu kota dan sekitar jalan raya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here