Tular video 2 kanak-kanak disepak, dipijak bapa

0
1

KEJAM dan tidak beperikemanusian. Itulah nasib menimpa dua beradik dipercayai menjadi mangsa keganasan bapa sendiri.

Dua kanak-kanak itu dipercayai disepak dan dipijak serta diugut bunuh oleh seorang lelaki dipercayai bapa kandung mereka.

Rakaman itu tular sejak semalam selepas dikongsikan menerusi media sosial termasuk Facebook. Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Kunak, Sabah.

Memetik laporan dari Online Lahad Datu, suspek dipercayai telah melarikan diri bersama dua kanak-kanak itu selepas video berkenaan tular.

Dalam video tersebut suspek telah menyepak dua kanak-kanak berkenan selain memegang pisau dan mengugut mahu membunuh anaknya.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana cemburu setelah bercerai dengan isterinya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa mengenai video berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit serta mahu suspek segera ditahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here