Helang Merah terima suntikan dos pertama Sinovac

0
1

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selesai menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19, hari ini.

Menerusi kenyataan KDA FC, semua pegawai dan pemain pasukan Liga Super Kedah serta pengurusan disenaraikan sebagai penerima vaksin Sinovac menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah.

Bagaimanapun, mereka akan melengkapkan suntikan dos seterusnya selepas tempoh matang 21 hari bermula hari ini.

“Proses vaksinasi itu diadakan di klinik kesihatan membabitkan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan pada Isnin.

“Pengurusan KDA FC mengambil langkah proaktif itu dengan mendaftarkan pasukan KDA FC sebagai penerima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Suntikan itu bagi memastikan keserasian kesihatan pemain dalam tempoh vaksinasi selaras dengan keperluan untuk merentas negara sekitar Jun depan bagi kejohanan Piala AFC 2021,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/13/atlet-negara-kekal-sihat-cergas-selepas-divaksin-reezal/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here