Penjawat awam, tukang cuci disebat 100 kali kerana berzina

0
3

PASANGAN kekasih yang juga suami dan isteri orang dihukum sebat 100 kali di Bandar Acheh pada Isnin lalu kerana berzina.

Pesalah lelaki ialah penjawat awam berusia 43 tahun manakala wanita juga berusia 43 tahun bekerja sebagai kakitangan pembersihan.

Hukuman sebat itu berjalan lancar walaupun kedua-duanya kelihatan gementar menahan kesakitan.

Menurut laporan portal Tribunnes. com, kedua-duanya menjalani hukuman itu di Pusat Islam Aceh Tamiang berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kualasimpang pada 22 Mac lalu.

Pasangan itu bersalah kerana melanggar Seksyen 37 (1), (2 dan (3) Kanun Aceh 6/2014 Akta Jenayah.

Mereka ditahan pihak berkuasa di pintu masuk taman Kualasium, 25 Januari lalu serta mengaku menjalin hubungan istimewa sejak setahun lalu walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

Selain pasangan itu, seorang lagi pesalah berusia 52 tahun turut menjalani hukuman sebat 18 kali selepas tempoh tahanannya dipendekkan.

Ketua Pejabat Syariah Islam Aceh Tamiang, Syamsul Rizal berkata, pesalah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dulu sebelum menjalani hukuman.

“Selepas disahkan stabil, baru proses hukuman dilakukan,” katanya.

Menurutnya, hukuman pertama dilakukan 11 Januari lalu membabitkan 11 pesalah. – Malaysiapost

Foto Kredit: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here