Lawatan Menteri ke Arab Saudi terus dijadikan isu

0
2

LAWATAN kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke Arab Saudi ketika negara dan dunia masih berdepan dengan pandemik Covid-19 terus dijadikan isu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Safiuddin Nasution Ismail dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini dipercayai memperli mengenai Senator terbabit mengenai isu berkenaan.

“Suatu ketika (Allahyarham) Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat berhasrat ke Mekah. Kemudian diberitakan pemergiannya itu ditaja seseorang. Terjadi polemik di kalangan rakyat .. pro dan kontra. Tuan Guru kemudiannya membatalkan rancangan ke Mekah. Sekian adanya,” katanya.

Isu mengenai lawatan Menteri ke Arab Saudi itu timbul apabila video ketibaannya bersama deligasi Malaysia di Madinah menaiki jet peribadi menjadi tular di media sosial dan mengundang kecaman.

Zulkifli kemudian menjawab persoalan mengenai lawatan itu dan memaklumkan ia adalah atas jemputan Rabitah al-Alam al-Islami dan semua ditaja sepenuhnya kerana hubungan baik antara kedua-dua negara.

Lawatan kerja Zulkifli adalah atas Undangan Liga Dunia Muslim iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here