Menteri nafi harga ayam naik RM10 sekilo

0
2
SHAH ALAM 09 January 2015. Harga ayam daging 1kg dijual pada harga RM7.00, ayam dipotong 1kg pada harga RM11.00 dan ayam kampung 1kg pada harga RM 13.00 di Pasar Seksyen 6, Shah Alam. STR/Muhammad Sulaiman

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan harga ayam melambung tinggi sehingga RM10 sekilogram, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana terdapat laporan daripada penguat kuasa mengenai kenaikan harga ayam, tetapi tidak sampai tahap RM10 untuk 1kg.

“Harga ayam itu ada kenaikan sedikit, namun masih dalam kawalan,” katanya selepas melancarkan Ops Pantau di Bazar Ramadan Putrajaya seperti dilaporkan FMT.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna tidak bimbang kerana KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2020/11/11/penduduk-dibayar-pampasan-harga-reban-ayam/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here