‘Amboi-amboi selamba kau potong kuku dalam tren’ – Netizen

0
1

MEMANGLAH menjaga kebersihan diri itu dituntut oleh semua agama, namun memotong kuku di dalam pengangkutan awam adalah satu perbuatan yang menjelikkan.

Entah apa yang terjadi kepada seorang lelaki ini sehingga tiada masa langsung untuk memotong kuku di rumah.

Perbuatan lelaki ini boleh disifatkan kekurangan adab dan tidak memperdulikan tatasusila tinggi yang diamalkan masyarakat Malaysia.

Perbuatan dia memotong kuku di dalam tren bukan sahaja tidak wajar, tetapi telah mencemarkan kebersihan tren.

Rapid KL dalam satu hantaran Facebook hari ini, memuat naik gambar seorang lelaki yang selamba dan tidak memperduli orang di sekeliling dengan perbuatan memotong kuku.

Hantaran Facebook itu turut menyindir perbuatan lelaki itu dengan pantun dua kerat.

“Pergi ke kedai membeli ciku,

“Seronok potong kuku?

“Bukan sahaja potong kuku, potong barisan juga dilarang ketika menaiki tren. Sama-sama kita menjaga adab dan tatasusila ketika menggunakan pengangkutan awam,” tulis Rapid KL.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki itu.

“Orang lain pun ada kuku juga, tak ada lah sampai potong kuku nak tunjuk kat semua orang dalam tren ni. Tak ada sivik punya orang.

“Amboi, amboi, selamba kau potong kuku dalam tren. Diri sendiri nak bersih, tren selamba kau kotorkan. Kuku tu siapa nak buang?

“Ada lagi teruk daripada ni, korek tahi lombong pun ramai, lepas tu jentiknya merata-rata. Tak ada sivik langsung,”antara komen netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here