Pemberian vaksin selesai menjelang hujung tahun – KJ

0
2
kj khairy jamaluddin

PROSES pemberian vaksin akan selesai menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau memberi jaminan itu berdasarkan bekalan vaksin Covid-19 negara dijangka mula melebihi jumlah pendaftaran, Jun ini.

“Kami mengunjurkan bekalan melebihi permintaan pada Jun dan seterusnya.

“Ini bermaksud kadar vaksinasi akan lebih cepat,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Sambil memuat naik jadual penghantaran vaksin, jumlah pendaftaran serta sasaran vaksinasi, Khairy menjelaskan penghantaran vaksin ketika ini masih rendah disebabkan tindakan negara maju membolot bekalan.

“Penghantaran terkini masih rendah. Ini disebabkan negara maju membolot bekalan yang dikecam oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Twitter MOSTI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here