Tewaskan Barcelona, Real Madrid naik tangga teratas

0
1

REAL Madrid melonjak ke tangga teratas La Liga setelah menewaskan Barcelona 2-1 dalam aksi El Clasico di Stadium Alfredo Di Stefano awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane mendahului 2-0 pada babak pertama melalui Karim Benzima pada minit ke-13 disusuli jaringan Tony Kroos pada minit ke-28.

Barcelona bangkit merapatkan jurang jaringan pada babak kedua menerusi Oscar Mingueza pada minit ke-60.

Pada akhir perlawanan, Real Madrid terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Casemiro dibuang padang namun sudah terlewat untuk Barcelona mencari gol penyamaan.

Keputusan itu menyaksikan Real Madrid berkongsi mata dengan Atletico Madrid namun beraksi lebih satu perlawanan manakala Barcelona di tangga ketiga dengan 65 mata. – Malaysiapost

.

Foto: Facebook Real Madrid CF

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here