PKPD: Pelanjutan di Penjara Tapah, Tambahan dua lokaliti di Besut, Terengganu

0
1

Nilam Oshman

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak dilanjutkan bermula 13 hingga 26 April.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak yang dijadualkan tamat esok.

Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 3572 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 891 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta ramai tahanan yang ditempatkan di PKRC belum sembuh sepenuhnya.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk
melanjutkan PKPD di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak bermula 13 April sehingga 26 April 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau memaklumkan tambahan lokaliti PKPD di Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu iaitu Kampung Pak Sik dan FELCRA Keruak bermula esok hingga 20 April ini.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung (Kg) Belaoh, Kg PPRT Belaoh Baru dan Kg Keruak, Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu yang dijadualkan tamat, 20 April 2021.

“Namun, sehingga 10 April 2021, sebanyak 61 kes positif Covid-19 telah direkodkan hasil saringan kontak rapat di lokaliti ini.

“Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan terdapat keperluan kawasan PKPD ini diperluaskan ke dua lokaliti yang bersebelahan iaitu Kg. Pak Sik dan FELCRA Keruak,” katanya.

Jelasnya, hal ini berikutan daripada pergerakan kes positif Covid-19 di kedua-dua kampung ini bagi aktiviti
keramaian dan perkumpulan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Pak Sik dan FELCRA Keruak, Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu
bermula 12 April sehingga 20 April 2021,” katanya -Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here