Betul ke rebus pelitup muka boleh hapus cacing?

0
1

Nurul Huda Abhar

BARU-baru ini tular kisah pengguna Facebook yang merebus pelitup muka di atas dapur kerana mendakwa ingin menghapuskan cacing halus di dalamnya.

Hantaran di sebuah group popular itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk seorang doktor perubatan Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberi penjelasan berkenaan isu tersebut.

Dr Arisman menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, orang ramai dilarang untuk membasuh pelitup muka jenis tiga lapisan, apatah lagi merebusnya.

“Bila face mask (pelitup muka) dah basah, ia akan menganggu penapisan kuman / particles (zarah) pada lapisan tengah, menyebabkan kesukaran bernafas apabila memakainya dan kajian menunjukkan filtration efficiency (BFE/ PFE) menjadi rendah di bawah 95 peratus.

“Pelitup muka yang kita beli di kedai tu adalah single use only (pakai sekali sahaja). Nak pakai untuk sehari boleh. Bukan sampai dua atau tiga hari,” terang Dr Arisman.

Menurut Dr Arisman, beliau faham berkenaan kekangan wang bagi sesetengah inidvidu untuk membeli pelitup muka tiga lapisan jenis pakai buang.

Namun begitu, membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran luar tidak memberi perlindungan kepada si pemakai, malah mendatangkan kemudaratan.

Menurutnya, jika masih ragu-ragu dengan kebersihan pelitup muka, Dr Arisman menyarankan orang ramai membeli jenis fabrik supaya boleh dicuci dan dipakai semula.

Berkenaan dengan dakwaan terdapat cacing dalam pelitup muka, Dr Arisman berkata kes seperti itu tidak pernah didengari sepanjang terlibat dalam dunia perubatan.

“Cacing? Hmm… tak tahulah nak komen apa sebab tidak pernah jumpa lagi seumur hidup ada cacing dalam face mask yang saya pakai sejak belajar 13 tahun lepas. Mengarut,” ujarnya.

Sebagai doktor perubatan beliau memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak meyembur sebarang cecair alkohol pada pelitup muka kerana ia sangat membahayakan kesihatan.

“Saya pernah kongsikan pasal pelitup muka banyak kali dah. Belilah yang berkualiti dan pastikan isi didalamnya tidak kotor semasa membeli,” kata beliau. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here