Zahid, Anwar akan dipanggil – KPN

0
1

POLIS akan memanggil Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan berhubung rakaman perbualan audio yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ia adalah tindakan yang perlu diambil dan apabila tiba masa sesuai, pegawai penyiasat akan merakamkan kenyataan mereka.

“Sekiranya mereka merasakan diri mereka teraniaya atau difitnah, mereka boleh tampil untuk membuat aduan, kertas siasatan dijalankan melalui sudut ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di tapak padang Surau An-Nur, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya terdapat banyak laporan mengenai perkara itu dibuat oleh orang ramai kerana merasa tertekan, cemas dan gempar, polis mempunyai sebab untuk membuka kertas siasatan dan menyiasat perkara itu.

Katanya, kertas siasatan telah pun dibuka dan rakaman audio telah dihantar ke makmal forensik untuk mengesahkan kesahihannya.

Rakaman audio perbualan antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar itu tersebar dengan meluas di media sosial dan blog, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno 2020, baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, beliau tidak dapat memberikan tempoh berapa lama masa akan diambil untuk analisis rakaman audio berkenaan.

“Dalam apa juga kes, kita cuba dapatkan penyelesaian yang cepat agar siasatan itu disegerakan.

“Hasil analisa akan diangkat kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here