3 lokaliti di Sabah dan Sarawak dikenakan PKP, PKPB

0
1

Nilam Oshman

ENAM daerah, masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) dan PKP bermula esok hingga 24 April ini.

Satu daerah dikenakan PKP di Sabah ialah Lahad Datu, manakala dua lagi diletakkan bawah PKPB ialah Kampung Muhibbah Raya di Tawau dan Kampung Bukit Belacon Segama.

Tiga daerah di Sarawak yang dikenakan PKPB ialah Rumah Panjang Sungai Duan, Politeknik Mukah dan Kampung Menuang Baru di Limbang.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP di Lahad Datu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan situasi kes Covid-19 yang tinggi.

Katanya, KKM mengesahkan 103 kes positif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah itu, selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

“Hari ini juga KKM melaporkan situasi kes Covid-19 di Rumah Panjang Sungai Duan melibatkan Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek; Rumah Panjang Dingun anak Tidih; Rumah Panjang Nyaun anak Ganai; dan Rumah Panjang anak Tangkun dan

“Turut terlibat ialah Rumah Panjang Budin anak Majang/Migi anak Kadong dan Rumah Panjang Kinseng anak Jelian; Rumah Panjang Muda anak Lunjang; Rumah Panjang Ambo anak Ayom; dan Rumah Jiram anak Tang,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Sementara itu, kata Ismail Sabri, PKPD turut dilaksanakan di Politeknik Mukah, Sarawak selepas KKM melakukan 72 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 13 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Begitu juga, katanya, Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak dikenakan PKPB setelah KKM menjalani 165 saringan dan daripada jumlah itu, 10 kes positif Covid-19 dilaporkan.

“Selain itu, PKPD dilaksanakan juga di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, selepas KKM melakukan 113 ujian saringan dengan 30 kes positif dilaporkan.

“Akhir sekali, PKPD di Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu dikenakan, selepas KKM melakukan 543 ujian saringan dengan 26 kes positif dilaporkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here