1,510 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1
grafik

Nilam Oshman

SEBANYAK 1,510 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia hari ini, menurun sedikit berbanding 1,854 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ia menjadikan keseluruhan kes kini 359,117.

Bagi pecahan kes baharu setiap negeri hari ini, Selangor kembali mencatatkan kes tertinggi (415), diikuti Sarawak (296), Kelantan (171), Sabah (131), Kuala Lumpur (106) dan Pulau Pinang (101).

Kes baharu bawah 100 iaitu Johor (80), Kedah (59), Perak (46), Terengganu (44) Negeri Sembilan (28), Pahang (13), Putrajaya (10), Melaka (6), dan masing-masing dua kes di Labuan dan Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here