PH putuskan Anwar calon PM, ketuai kempen PRU15

0
1

PAKATAN Harapan (PH) memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai gabungan itu dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat dalam kenyataan selepas Pemukiman Pimpinan PH di Port Dickson yang berlangsung dua hari bermula semalam.

Selain itu, menerusi ‘Ketetapan Port Dickson’ tersebut, PH turut memutuskan enam perkara lain termasuk:

  • Mendesak Perdana Menteri untuk segera menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen dan senafas dengan itu menamatkan Darurat.
  • Kami mengulangi ikrar, tekad dan iltizam untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 dan seterusnya memaparkan upaya untuk mentadbir dan memerintah Negara dengan amanah, demokratik dan adil
  • Kami mengiktiraf potensi dan kepentingan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu dalam memacu pembangunan negara, dengan jaminan pengagihan sumber yang lebih saksama, seiring dengan sinergi pembangunan ibukota baharu Indonesia di Kalimantan
  • Kami akan menggerakkan semua wakil rakyat dan pimpinan negeri untuk memerah seluruh potensi dan keupayaan bagi menangani isu-isu dasar berkait pemulihan Ekonomi dankesejahteraan Rakyat. Kami juga akan meneruskan proses libat urus bersama semua pemegang taruh untuk membentuk manifesto Pakatan Harapan
  • Kami mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan Rakyat.
  • Kami akan memulakan siri jelajah ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan kepada rakyat berkait pendirian dan tawaran Pakatan Harapan menyentuh isu Ekonomi Rakyat, kestabilan Politik dan Krisis Pandemik Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here