Ladang Tennamaram: Kerajaan Selangor siasat jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa

0
1

KERAJAAN Selangor tidak akan berkrompomi jika isu pajakan tanah di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya di Kuala Selangor ada kaitan dengan unsur rasuah.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian negeri sedang menjalankan siasatan dalaman dan semakan terperinci berkaitan isu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan perkara ini.

“Selari dengan nilai-nilai kebertanggungjawaban dan ketelusan, pentadbiran Selangor tidak akan sekali-kali berkompromi dengan sebarang elemen rasuah dan salah guna kuasa di semua peringkat.

“Justeru, kerajaan negeri bersedia dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Juwairiya berkata, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak akan melindungi mana-mana pesalah demi menjunjung prinsip luhur reformasi yang berteraskan ketelusan dan akauntabiliti kepada semua.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mendesak Kerajaan Selangor menarik semula pajakan tanah di Ladang tersebut daripada dua syarikat iaitu Trillion Projek Sdn Bhd dan Biasan Suria Sdn Bhd.

Noh berkata, tanah tersebut yang diusahakan lebih tiga generasi telah dipajakkan kepada dua syarikat terbabit selama 21 tahun oleh kerajaan negeri.

“Jadi apa yang peneroka ingin mempertikaikan adalah mereka sudah meneroka selama 40 tahun di sini sejak tahun 1965. Tetapi malangnya Kerajaan Selangor pula memberi tanah di ladang Tennamaram lebih kurang 200 hektar kepada dua syarikat untuk tujuan pertanian dan perternakan,” katanya.- Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/kerajaan-selangor-digesa-tarik-balik-pajakan-tanah-ladang-tennamaram/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here