PRESMA minta kelonggaran lanjut operasi restoran sepanjang Ramadan

0
2

PERSATUAN Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) meminta kerajaan memberi kelonggaran untuk melanjutkan waktu operasi perniagaan sepanjang Ramadan ini. 

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata ia bagi membolehkan pelanggan bersahur atau membeli juadah untuk bersahur di semua restoran dengan mudah tanpa had masa sehingga tengah malam sahaja. 

Beliau berkata cadangan itu difikirkan perlu memandangkan ada pelanggan yang meminta pemilik restoran membuka kedai untuk membeli makanan bagi tujuan sahur. 

“PRESMA akan memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dengan sebaik mungkin memandangkan negara masih lagi berdepan penularan Covid-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Sementara itu, Jawahar Ali berkata PRESMA ingin menarik perhatian kerajaan kepada satu lagi isu iaitu kelonggaran kepada pekerja asing untuk kembali bekerja selepas pulang bercuti ke negara mereka sebelum ini. 

Justeru beliau berkata PRESMA meminta kerajaan meneliti cadangan untuk membenarkan kumpulan itu masuk ke Malaysia untuk kembali bekerja dengan pematuhan SOP ditetapkan kerajaan. 

“Untuk rekod, industri restoran di negara ini berdepan masalah kekurangan pekerja malah majikan sudah pun membayar penuh levi pekerja walaupun ada yang bekerja sekitar satu bulan dan balik ke negara asal. 

“Dengan kebenaran ini, PRESMA berharap ia dapat membantu ekonomi domestik kerana sejak dibenarkan beroperasi baru-baru ini, industri ini kembali pulih perlahan-lahan dan memerlukan jumlah pekerja signifikan untuk operasi secara optimum,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here