PKPD di 5 taman perumahan, kampung di Pekan, Pahang

0
1
meru pkp covid dawai

LIMA kawasan taman perumahan dan perkampungan di daerah Pekan, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah itu dengan ramai pekerja kilang berkenaan menetap di kawasan perumahan dan kampung terbabit.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi kes Covid-19 iaitu Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah Pekan, melibatkan pekerja kilang yang tinggal di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kesemua lokaliti berkenaan bermula 9 April sehingga 22 April 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here