Nak balik raya, jangan kumpul beramai-ramai

0
2

Nilam Oshman

PAKAR kesihatan awam berpendapat pergerakan merentas negeri boleh dibenarkan ketika Aidilfitri nanti, namun kerajaan perlu menetapkan supaya tiada aktiviti berkumpul dalam jumlah yang besar.

Ini bagi memastikan kes jangkitan Covid-19 yang kini stabil, tidak meningkat semula secara mendadak selepas Aidilfitri, kata Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

“Rentas negeri boleh dibenarkan ketika Aidilfitri, jika dilihat kes positif Covid-19 hanya meningkat pada kawasan tertentu sahaja.

“Kalau ikutkan keadaan semasa, sebahagian tempat boleh merentas negeri, yang mana negeri-negeri tiada kes (PKPP) dan kemudian kita tengok Kluster yang berlaku jangkitan Covid-19 ini biasanya di kawasan kilang-kilang, bukan di tempat awam.

“Jadi, saya rasa boleh dibenarkan untuk sesetengah negeri-negeri yang tiada kes untuk melakukan aktiviti merentas.

“Cuma satu sahaja, jangan ada aktiviti berkumpul macam jamuan raya dan kenduri-kendara, elakkan berkumpul ramai-ramai, dan ikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Malaysiapost.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat wajib mematuhi SOP terutama menggelakkan aktiviti berkumpul sepanjang Ramadan ini.

“Kalau boleh ikut SOP tak ada masalah tapi kalau tak boleh, terpaksalah kita kekal larangan rentas negeri.

“Justeru, orang ramai kena jaga SOP sepanjang Ramadan, iaitu ketika solat Terawih dan pergi ke bazar mencari juadah berbuka, pastikan jangan berkumpul sebab jika kes naik semula, Kementerian Kesihatan (KKM) tak akan benarkan rentas negeri.

“Kita kena kekalkan momentum penurunan kes positif Covid-19 terutama bulan Ramadan ini,” katanya.

Ketika ditanya, purata kes harian yang membolehkan KKM membenarkan aktiviti rentas negeri, Dr Zainal berkata beliau tidak dapat memberikan angka tersebut namun percaya KKM akan menilai situasi jangkitan dari semasa ke semasa.

Jelasnya, secara am, kes positif banyak berlaku di kilang dan kawasan tertentu maka jika dilihat dari segi tersebut, rentas negeri sudah boleh dibenarkan.

“Tapi ia bergantung kepada arahan KKM kerana mereka tak berikan jumlahnya… jadi kita semua perlulah bertolenrasi dan bekerjasama menjaga SOP kalau nak balik raya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here