TIDAK wajar untuk mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemelut politik antara Umno dan Bersatu.
Sehubungan itu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Dzulhilmi Zainol mengingatkan pihak tertentu agar tidak melibatkan Presiden mereka itu dalam kancah perseteruan Umno dan Bersatu kerana ia tidak ada kaitan dengan PKR.
Beliau menegaskan, rakaman audio yang tersebar baru-baru ini merupakan modus operandi yang cuba digerakkan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap realiti semasa terhadap ketidakcekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Kedudukan kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dari masa semasa telah menggambarkan keretakan yang amat ketara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Malam tadi, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dalam satu rakaman perbualan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahidk Hamidi yang tular di media sosial.
Anwar berkata, rakaman tersebut adalah fitnah dan mahu mempergunakan PKR dalam pergolakan politik antara Bersatu dan Umno. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/04/08/suara-macam-saya-itu-fitnah-anwar/

