PERTUDUHAN terhadap 16 Geng Nicky akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan mengenai perkara itu.
Memetik laporan Harian Metro, Ayob Khan memaklumkan pendakwaan adalah berkaitan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.
Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee pada 20 hingga 28 Mac lalu.
Beliau berkata, antara individu yang ditahan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima lagi individu bergelar Datuk. – Malaysiapost

