Gangguan air: Wilayah Gombak pulih sepenuhnya

0
2

SEJUMLAH 66 peratus atau 38 daripada 58 kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya susulan gangguan air berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak sejak kelmarin.

Pengurusan Air Selangor memaklumkan sehingga jam 6 pagi tadi pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya, manakala 20 kawasan di Kuala Lumpur masih belum pulih.

Kawasan yang belum pulih ialah Bukit Bandaraya, Kampung Datuk Keramat, Taman Bandaraya Bukit Bangsar, Kampung Padang Merbok, Taman, Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Center 1 dan Taman Bangsar Baru.

Selain itu Hampshire Park, Kuala Lumpur City Center 2, Taman Lucky, Imbi Parlimen Tasik Perdana Jalan Sultan Hishamuddin, Persiaran Sultan Salahuddin, Tijani dan Jalan Travers Pudu.

Menurut Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor,” katanya.

Gangguan bekalan air berjadual berlaku di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates.

Ia menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada Selasa lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/31/gangguan-air-tiada-kawasan-pulih-sepenuhnya/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here