Adun Teratai umum keluar DAP

0
1

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar daripada DAP hari ini dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Pakatan Harapan (PH).

Beliau memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini dan menurutnya keputusan itu dibuat supaya DAP tidak terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit yang dihadapinya ketika ini.

“Saya tidak ingin nama parti yang saya cintai terjejas kerana masalah peribadi saya.

“Selepas membuat pertimbangan, saya memutuskan untuk keluar DAP dan menjadi Adun bebas yang pro-DAP dan pro-PH untuk berkhidmat di kawasan saya,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menurutnya, keputusan itu setelah DAP menerima ‘serangan’ berterusan berkaitan dakwaan terhadapnya, walaupun setelah dia meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor minggu lalu.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada DAP atas kesan terhadap parti daripada perkara ini,” katanya.

Keputusan dibuatnya itu bagaimanapun tidak menjejaskan pentadbiran PH di Selangor, di mana PH masih mempunyai majoriti besar. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/03/dakwaan-hubungan-sulit-adun-teratai-letak-jawatan-dalam-dap/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here