MAJLIS Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memaklumkan kaedah bayaran melalui 942 orang Amil Zakat Fitrah yang bertauliah akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Muip, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata kaedah pembayaran Zakat Fitrah secara atas talian adalah sangat digalakkan melalui capaian ezakat.muip.gov.my.
“Selain itu, sesiapa yang didapati memungut Zakat Fitrah tanpa dia diberi kuasa atau dilantik oleh Muip adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.
Ahmad Hairi membuat kenyataan itu ketika sidang media berkenaan pengumuman kadar Zakat Fitrah negeri Pahang bagi tahun 1442H/2021M.
Beliau berkata, dalam sidang media itu juga Muip menyampaikan kadar zakat fitrah di negeri Pahang sebanyak RM7 setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Pahang. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/07/mais-minta-orang-ramai-sokong-perniagaan-komuniti-ketika-ramadan/

