Tiga serangkai termahal Arsenal bagai ‘habiskan beras’

0
1

Najamuddin Mohd Nor

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta kecewa dengan tiga serangkai penyerang Arsenal yang gagal menyumbat sebarang gol ke gawang Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates itu, Arteta pertama kali membariskan tiga serangkai termahal dalam sejarah Arsenal dalam kesebelasan utama.

Nilai gabungan Lacazette, Patrik Aubameyang dan Nicolas Pepe yang mencecah £174.5 juta itu nyata tidak berbaloi kerana gagal mengancam pintu gol Liverpool sepanjang perlawanan itu.

Marah kerana dimalukan Liverpool tiga gol tanpa balas, Arteta yang kecewa terus menghamburkan kemarahannya kepada pemain Arsenal yang longlai sepanjang perlawanan disamping memberi alasan pasukannya ketandusan kreativiti tanpa kelibat Rowe Smith dan Bukayo Saka.

Arteta jelas terkejut dengan prestasi hambar The Gunners telah meminta maaf secara peribadi kepada seluruh peminat Arsenal.

“Kami harus meminta maaf kepada orang kami dan juga para peminat. Saya harus meminta maaf di atas apa yang telah berlaku di atas padang. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.”

“Liverpool lebih baik daripada kita dalam semua bahagian. Mereka memenangi setiap duel, setiap bola kedua dan setiap perebutan. Ini adalah salah satu aksi terburuk,” katanya di Instagram miliknya.

Liverpool membuka jaringan pada separuh masa kedua menerusi pemain gantian Diogo Jota pada minit ke-64.

Selang empat minit kemudian, Mohamed Salah menggandakan kedudukan Liverpool dengan jaringan kedua menerusi sepakan celah kangkang penjaga gol Arsenal Bernd Leno.

Gol Salah yang ke 93 itu juga memastikan dia kini hanya 2 gol di belakang Ruud Van Nistelrooy, dan memintas Thienry Henry dalam ranking penjaring gol terbanyak dalam EPL.

Pada minit ke-82, Jota berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool sekali gus memusnahkan sisa-sisa perjuangan Arsenal. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here