Tak boleh buat apa jika Umno tak nak kahwin – Razman

0
2

“KITA memang nak kahwin dengan dia, tapi sekiranya dia tak mahu, kita tak boleh nak buat apa-apa,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Menurutnya, PAS tidak pernah mengetepikan Umno, malah parti itu tetap dengan pendirian untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, walaupun PAS menubuhkan jawatankuasa bersama dengan Bersatu peringkat negeri, parti itu tetap mahu Bersatu dan Umno bersama-sama pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15).

“Presiden PAS memang mahukan Bersatu dan Umno bersama-sama menghadapi PRU15, namun ibaratnya jika dia (Umno) sudah ada boyfriend lain dan sedang menunggunya, kita nak buat macam mana,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia, hari ini.

Razman yang juga Exco Negeri Perak berkata, ketetapan Umno untuk tidak bersama Bersatu yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung parti itu, menunjukkan Umno mahu bersendirian menghadapi PRU15.

Malah menurut Razman, Umno juga sedia membuat penjajaran baharu selepas PRU15.

“Bermakna (Umno) memang nak bergerak secara bersendirian pada PRU15 dan hanya menentukan hubungannya selepas PRU15,” katanya.

Media melaporkan, Bersatu dan Pas Perak telah penubuhan jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi PRU15 pada Jumaat lalu.

Jawatankuasa itu akan mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk kedua-dua parti itu bertanding di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi PN negeri Perak. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here