‘Tajuddin tak tahu kemudi jentera PRU’ – Muqharabbin

0
1

EXCO Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mahu Pengarah Pilihan Raya (PRU) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditukar segera.

Beliau berkata, penukaran segera itu perlu dilakukan kerana mendakwa Tajuddin tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU sebaliknya memecah belahkan jentera-jentera di bahagian.

“Semasa beliau ke Lembah Pantai dan Parlimen Tangga Batu, kenyataan-kenyataan beliau bukan ke arah strategi parti, sebaliknya hanya banyak sembang kosong dan tidak membantu jentera parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai itu berkata, beliau mendapat banyak maklum balas negatif daripada rakyat berkenaan BN berhubung ‘perangai’ pemimpin lama.

“Ya, ramai yang rindukan BN, tapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama.

“Bukan mereka tidak berjasa tetapi rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baharu yang lebih wibawa demi kemenangan PRU15,” katanya.

Sehubungan itu, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau berharap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berani menampilkan muka-muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya percaya sekiranya Presiden berani melakukan hal ini, beliaulah akan menjadi punca kejayaan BN untuk PRU15 dan akan diangkat sebagai wira sebenar Umno sepanjang zaman,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau menafikan tuduhan Tajuddin bahawa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tindak membantu jentera parti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK)

Katanya, setiap pemimpin Umno mempunyai peranan masing-masing membantu jentera parti ketika PRK. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/02/isu-pemilihan-umno-tajuddin-beri-amaran-pada-kj/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here