Pemandu bas ekspres terlelap dipercayai punca nahas – Polis

0
1

PEMANDU bas bas ekpres yang menyebabkan kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora dekat Ipoh, dipercayai terlelap ketika memandu kenderaan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, menyebakan seramai 14 penumpang bas yang dalam perjalanan dari Kulim, Kedah ke Kuala Lumpur cedera dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati, nahas berlaku apabila lelaki berusia 39 tahun itu terlelap seketika dan menyebabkan bas dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

“Pemeriksaan mendapati lelaki terbabit mempunyai 19 rekod saman lampau membabitkan kesalahan trafik.

“Pemandu bas terbabit cedera ringan di kaki dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas bas itu juga mendapati, kenderaan tersebut turut memiliki tiga rekod lampau saman trafik,” katanya seperti dilaporkan Kosmo.

Menurut beliau, siasatan mendapati, bas ekpres tersebut terbabas sendiri ketika menuruni bukit di jalan selekoh sebelum jatuh ke longkang di sebelah kiri jalan.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan 14 penumpang berusia antara 14 hingga 59 tahun cedera di beberapa bahagian badan.

“Seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah di pinggang dan seorang penumpang lelaki warga Indonesia pula parah di kepala.

“Kesemua mereka yang cedera dihantar ke HRPB untuk rawatan kecemasan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Malaysipost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/04/15-cedera-bas-ekspres-terbalik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here