MIC terus sokong Muhyiddin

0
1

MIC hari ini menyatakan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain akan bekerjasama dengan Bersatu.

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, berkata ketetapan itu dibuat parti berkenaan sehingga suatu perkembangan dalam keputusan Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) dibuat.

“Umno pada minggu lepas telah memutuskan untuk menoktah hubungan dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Bagi MIC kita menghormati keputusan atas semangat setiakawan Barisan Nasional.

“Bagaimanapun, MIC pada masa sekarang akan menyokong kepimpinan YAB TSMY dan akan berkerjasama dengan parti Bersatu hingga suatu perkembangan baru dalam keputusan majlis tertinggi BN, biar kita tunggu dan lihat pergerakan politik untuk jangkamasa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden MIC di Perhimpunan Agung MIC Ke-74, hari ini.

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata, MIC sehingga hari ini berpendapat keyakinan rakyat hanya akan dicapai jika gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) berupaya membuktikan pakatan ini mengutamakan kepentingan rakyat.

“Dengan niat murni ini, tiada sebab mengapa agenda ini tidak dapat kita capai untuk kebaikan negara yang kita cintai ini.

“Ingin saya tegaskan, saya cukup yakin Umno dan Bersatu dapat menyelesaikan perbezaan mereka sama seperti Umno dan PAS menguburkan masalah mereka walaupun saling bermusuhan selama 40 tahun,” katanya.

Justeru, beliau berkata, penting untuk kepimpinan BN mencapai kata sepakat dengan PN mencari satu formula terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti kerajaan, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihanraya.

Katanya, beliau percata pastinya perlu ada sedikit pengorbanan dalam kalangan parti dalam kedua-dua gabungan ini untukmengelakkan pertembungan sesama sendiridalam pilihan raya.

“Ia demi mencapai matlamat yang lebih besar untuk membentuk kerajaan yang stabil dan melonjak kembali ekonomi negara yang terpincang akibat pandemik Covid-19.

“Namun yakinlah, tidak ada yang terlalu sukar jika kita melakukannya bersama-sama. Saya mahu supaya keputusan untuk mengadakan kerjasama dibuat secara meluas dan menyeluruh melalui proses permuafakatan dan musyawarah di dalam parti dan di antara parti.

“Serta didasarkan dengan niat yang murni dan dipandu dengan semangat yang melatari pembinaan negara, demi kepentingan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here