Lelaki ditemui maut dengan kesan kelar, tikaman

0
1

SEORANG lelaki ditemui mati dengan kesan keluar di leher dan tikaman di rusuk kanan di hadapan sebuah rumah setinggan di Kampung Desa Makmur, Majidee, Johor pagi tadi.

Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.25 pagi. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zarin, berkata kejadian membabitkan mangsa berusia 20-an. 

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian polis menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau. 

“Polis menahan isteri mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 30-an bagi membantu siasatan.

“Soal siasat lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca dan motif kejadian serta saksi-saksi bebas akan turut dikesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihak hospital akan menjalankan bedah siasat esok untuk mengetahui punca kematian.

Menurutnya, kes diklasifikasikan awal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga laporan bedah siasat diperoleh. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here