SEBANYAK 1,294 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kepada 347,972 kes di negara ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi dengan 455 kes baharu.
Katanya, dua negeri lagi yang mencatat kes tinggi ialah Sarawak dengan 217 kes dan Pulau Pinang dengan 139 kes.
“Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Johor (103), Kuala Lumpur (88), Kelantan (66), Sabah (63), Pahang (57) dan Negeri Sembilan (31).
“Selain itu, Melaka (22), Kedah (21), Perak (14), Terengganu (lapan), Putrajaya (lima), Labuan (empat) dan Perlis (satu),” katanya.
Katanya, lima kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,246 kes berbanding semalam iaitu 14,399 kes.
“Sebanyak 168 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 78 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – Malaysiapost

