Kesian Uncle Myvi, tak pasal-pasal kena fitnah

0
1

BELUM pun reda perasaan trauma selepas Myvi putihnya dirempuh kuat dari belakang, seorang ‘uncle’ melalui detik cemas selepas difitnah melanggar lampu isyarat yang menyebabkan punca kemalangan.

Menerusi video berdurasi 1 minit 32 saat yang dipercayai dirakam seorang pengguna jalan raya sejurus kemalangan berlaku, mendapati warga emas berkenaan dimarah serta didakwa mabuk sehingga melanggar lampu isyarat.

Bagaimanapun, disebabkan masih lagi terkejut ‘Uncle Myvi’ itu kelihatan masih menggigil dan tidak mampu menjawab tuduhan orang ramai terhadapnya.

Dalam rakaman sama, dia kelihatan begitu terkejut dan tidak mampu berjalan dengan betul sebaik keluar dari keretanya dan terduduk di bahu jalan sebelum beberapa individu memarahinya tanpa usul periksa.

Video berkenaan yang dipercayai tular sebelum ini, menyebabkan ‘Uncle Myvi’ itu dikecam teruk netizen, sebelum satu rakaman lain membuktikan bahawa warga emas itu tidak bersalah.

Rakaman itu yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Facebook DashCam Owner Malaysia sekali gus mengundang simpati ramai terhadap ‘Uncle Myvi’ berkenaan.

Malah, netizen juga meminta supaya perakam video berkenaan dikenakan tindakan kerana telah membuat tuduhan melulu terhadap warga emas terbabit.

Pengguna Facebook Zul Bos berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap perakam video berkenaan kerana membuat tuduhan melulu dan memfitnah ‘Uncle Myvi’ berkenaan.

Katanya, dakwaan perakam video itu boleh menyebakan mudarat terhadap ‘Uncle Myvi’ termasuk kemungkinan dipukul orang awam berikutan provakasi yang dibuatnya.

“Minta polis tangkap mamat ni… Mulut ckp ikot suka. Orang mcm ni la menyebabkan mangsa kemalangan kena pukul ditempat kejadian.

“Kesian kat mangsa difitnah. Dahla uncle tu trauma baru kena langgar. Yang perakam tu pun patot diheret ke balai,” katanya

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mendakwa perakam video itu kerana menyebarkan berita palsu.

“Mereka ini menyampai berita palsu yang boleh mendatangkan aib dan juga boleh mengancam keselamatan orang lain. Katakan masa tu orang lain percaya fitnah yang disampaikan malaun ni, buta2 uncle tu pula kena hentak berjemaah,” katanya.

Sementara, Ina Azlina berkata, sekiranya ‘Uncle Myvi’ itu adalah ahli keluarga pastinya situasi itu akan mengundang perasaan marah kerana mangsa diperlakukan seperti itu.

“Kesian uncle tu.. Dah lah tgh terperanjat. Br ditarik keluar dr kereta. Jantung berdegup laju belum berhenti.. Di soal provok mcm².

“Kalau uncle tu ada heart attack mcm mn? Wehhh… Pikir weiii kalo pakcik ke bapak kita disituasi mcm tu. Silap² tak sempat naik van ambulance,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian itu, seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah di sini kira-kira jam 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, dalam kejadian itu, K Vimaleswara, 30, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 4.10 petang.

Ketika kejadian, katanya, dua buah kereta termasuk Myvi putih dan sebuah motosikal sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan tersebut sebelum dirempuh kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu mangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here