Afdlin mahu filemkan kisah hidup Anwar Ibrahim

0
1

PENGARAH dan pelakon Datuk Afdlin Shauki memaklumkan sedia menerbitkan sebuah filem mengenai kisah hidup dan perjalanan karier politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Afdlin, 49, berkata kisah Ketua Pembangkang itu wajar diangkat ke layar perak kerana liku perjalanan yang dilalui Anwar dalam arena politik sangat mengagumkan.

“Dengan adanya saya di sini, saya berharap apa sahaja yang Datuk Seri perlukan dalam media yang saya boleh bantu, kami akan bantu sedaya upaya.

“Ini bukannya bodek… ceritanya sangat hebat dan saya rasa filem Datuk Seri kena dibuat. Pasal ceritanya hebat sangat,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo, semalam.

Turut hadir dalam program itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam program itu juga pelakon filem Papadom itu bersama komposer dan penyanyi Altimet menerima kad keahlian PKR yang disampaikan Anwar.

Menurut Afdlin, keputusan untuk menyertai PKR semata-mata untuk melihat presiden parti itu, Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, itu antara impian yang ingin dilihatnya dan sebab utamanya menyertai parti politik.

Terdahulu, Afdlin dan Altimet memuat naik hantaran di Instagram memberitahu akan sepentas bersama Ketua Pembangkang itu dan Menteri Besar Selangor.

Media sebelum ini melaporkan Afdlin Shauki memilih sertai PKR, sebagai platform untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Afdlin berkata, PKR yang diterajui Anwar, menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Dalam masa sama, beliau itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/02/impian-saya-lihat-anwar-jadi-pm-afdlin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here