Remaja bangga jadi anak Selangor pertama terima biasiswa RM1.1 juta

0
2

SEORANG pelajar perubatan mengakui bangga dan teruja menjadi anak Selangor pertama memperolehi pembiayaan pendidikan kerajaan negeri berjumlah RM1.1 juta.

Pelajar termuda di Royal College of Surgeons (RCSI), Ireland, Emir Haady Imran Zulkharnain berkata, beliau menganggap pengiktirfan tersebut adalah satu nilai yang amat besar dan akan berusaha menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya akan berusaha keras bagi menamatkan pengajian seperti dijadualkan pada 2024, ini janji serta komitmen saya kepada negeri dan negara,” katanya.

Lebih membanggakan, remaja berusia 18 tahun itu melanjutkan pengajiaan dalam jurusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan.

Emir Haady menerima Biasiswa Selangor Bitara (Bitara) yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.

Sebagai makluman, program itu dijenamakan semula daripada Selangor Brain Bank yang sebelum ini khusus untuk anak Selangor melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran (PhD) di universiti terkemuka dunia.

Emir Haady sebelum ini berjaya menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya ketika berusia 14 tahun.

Melalui peperiksaan itu, dia memperoleh 6A+ bagi mata pelajaran matematik antarabangsa, fizik, kimia, biologi, bahasa melayu dan matematik, A1 untuk matematik tambahan dan 1B bagi Bahasa Inggeris.

Pada usia 15 tahun, dia menamatkan pengajiannya dalam peringkat A-Level dengan memperoleh A bagi mata pelajaran kimia dan matematik serta A+ untuk fizik. – Malaysiapost

Foto : Selangorkini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here