Neelofa terima anugerah Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith

0
2

Selebriti kelahiran Kelantan Noor Neelofa Mohd Noor mendahalui penerima anugerah sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah.

Neelofa yang juga baharu mendidikan rumah tangga itu, antara 14 wanita yang tersenarai menerima anugerah tersebut.

Walau bagaimanapun, Neelofa tidak hadir pada majlis penganugerahan tersebut kerana berada di Langkawi beberapa hari sejurus majlis pernikahannya.

Wakil keluarganya juga dilaporkan tidak dapat hadir menerima anugerah yang sepatutnya disampaikan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Noor Neelofa yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik menerima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith (Influencer).

Dalam majlis sama, seorang wanita Orang Asli dari Pos Tuel Gua Musang, Andak Anjang, 44 dianugerah Tokoh Khas Wanita Orang Asli.

Andak berkata, beliau terharu selepas diberitahu dipilih sebagai penerima anugerah Hari Sayyidatina Khadijah tahun ini, lapor Harakah.

“Saya dipilih oleh Penghulu Orang Asli selepas melihat saya aktif mengadakan program dakwah bersama dengan penduduk Orang Asli di perkampungan tersebut.

“Saya turut dibantu suami Abdul Razak Amat, 52 ketika mengadakan program dakwah bersama penduduk kampung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here